Sedikit info Drama Blueberry Cafe
Pelakon : Aqasha (Ben) Intan Ladyana (Melati) Zaibo (Che Rose) Norlia Ghani , Musthapa Kamal (Tan Sri Bakhtiar), dan Jasmin Hamid(Rosnah).
Sinopsis : kisah Melati bekerja sebagai pelayan di sebuah café kecil, Blueberry Café. Melati seorang gadis yang berperwatakan menarik, lucu, sinikal dan lincah. Dalam bidang akademik, Melati tidaklah begitu cemerlang tapi dalam hidup dan pergaulan, Melati seorang gadis yang bijak dan matang.
Menyedari dalam bidang akademik dia tidak begitu berjaya, Melati berazam untuk memajukan dirinya dalam bidang berniagaan. Dia bercita-cita mahu memiliki francais café dengan konsepnya sendiri di masa depan.
Melati sebenarnya boleh dikatakan anak orang berada. Ayahnya, Che Rose seorang pemborong ikan yang berjaya. Nama Che Rose tidak sepadan dengan orangnya kerana Che Rose adalah seorang lelaki yang gemuk, buncit, selalu berpeluh, kelam-kabut dan selekeh. Ini berbeza sama sekali dengan perwatakan Melati yang cantik dan menarik.
Namun kehidupan Che Rose bersama anaknya Melati sangat sederhana. Mereka tinggal di rumah kampung tepi laut yang biasa-biasa saja. Kehidupan mereka sangat sederhana, Walaupun ayahnya berjaya dalam bidang hasil laut, tapi Melati lebih berminat dalam bidang restoran dan tetap bekerja di Blueberry Café dengan gaji kecil walaupun selalu ditentang oleh ayahnya.
Ben ialah anak tunggal kepadaTan Sri Bakhtiar. Bakhtiar dan isterinya Rosnah terlalu mengongkong hidup Ben. Mereka yang membuat segala keputusan untuk Ben samada dalam bidang pelajaran, teman wanita dan aktiviti sosial. Ben tertekan dengan sikap ibubapanya yang terlalu mengawal hidupnya sehingga tiada ruang kebebasan. Jiwa Ben kosong dan sunyi.
Ben cemerlang dalam bidang akademik dan seorang pelajar yang pintar. Dia anak yang baik, sentiasa menurut perintah dan tidak pernah membantah apa saja kemahuan orang tuanya walaupun prinsipnya selalu bertentangan, Sikap Ben selepas dia bertemu Melati. Cinta membuatkan Ben tekad mengejar kebebasan untuk memilih. Melati yang mulanya enggan menerima cinta Ben, akhirnya tertawan dengan kesungguhan dan keikhlasan Ben menyintainya.
Akhirnya Tan Sri Bakhtiar mendapat tahu tentang hubungan Ben dan Melati lalu berusaha memisahkan mereka dengan rancangan untuk menghantar Ben menyambung pelajaran di Harvard. Tan Sri Bakhtiar menganggap gadis pelayan seperti Melati tidak layak berada di sisi anaknya.
Kisah antara dua darjat berulang. Bagi Bakhtiar, Melati hanya mengambil kesempatan di atas kekayaan keluarganya. Bakhtiar juga menghina Che Rose yang dianggap cuba menjual anak. Che Rose terluka dengan kata-kata penghinaan itu.
Lalu bagaimanakah penghujung kisah cinta mereka?
Sumber : Budiey.com





cm bez je citer nie...na tgk la
ReplyDeletetgk td tp xsampi abis..xtau endingnye camner..
ReplyDeletesalam singgah di hari ahad..
ReplyDeletelama kakyong tak singgah sini... drama bersiri ke ni..??
betul lah, pgi2 sibuk dgn mcm2.. tak sempat nak tgk tv pun sbb anak (aliya) layan VCD belajar..
Try download dri site TV2 tadi, tak berfungsi pulak...grrrrrrrrrrrrr
ReplyDelete